Sabtu, 18 Februari 2017

PERBEZAAN AL-MANNA DAN LUBAN

PERBEZAAN AL-MANNA (GUM ARABIC) DAN LUBAAN (FRANKINCENSE)

Timbul kekeliruan dan kesilapan penggunaan pada nama kedua-dua getah arab ini apabila kedua-duanya berasal dari GUM atau getah arab.
Ramai yang anggap GUM itu adalah Gum Arabic.. Sebenarnya di Eropah, Gum Arabic adalah nama yang diberi kepada Getah Pokok Akasia, orang arab memanggilnya sebagai Al-Manna.
Manakala Lubaan pula adalah nama yang diberi oleh orang arab kepada getah yang keluar dari pokok Boswellia. Orang Eropah memanggil Lubaan ini sebagai Frankincense.
Al-Manna dan Al-Luban kedua-duanya adalah cairan getah yang keluar dari pokok yang berbeza. Al-Manna lebih keras, ia seperti kristal dan perlu rendam di dalam air. Al-Lubaan pula lebih kenyal dan boleh dimakan begitu saja, juga boleh direndam.
Rasa Al-Manna sedikit manis, rasa Al-Lubaan agak pahit dan pedas.
Al-Manna lebih dikenali sebagai makanan prebiotik. Al-Lubaan lebih dikenali sebagai makanan minda.
( Tetapi kedua2nya mempunyai khasiat yang hampir sama,malah Al-manna mempunyai kelebihan dari segi prebiotiknya, penawar kepada segala penyakit.)

Perbezaan Al-Manna (Gum Arabic) dan Al-Luban (Frankincense / Kemenyan)
AL-MANNA
Semua Al-Manna berasal dari pokok Akasia.
Dikenali sebagai Getah Arab, Getah Akasia, Gam Arab, Gum Arabic
Negara pengeluar terbesar Al-Manna (Gum Arabic) adalah Negara Sudan.
Al-Manna yang berkualiti dan terbaik hanya tumbuh di Negara Sudan.
Sudan memiliki ladang pokok Akasia terbesar di dunia.
Al-Manna mempunyai beberapa kategori dan jenis tertentu bergantung kepada penggunaan.
Al-Manna mempunyai gred dan tahap kualiti.
Al-LUBAN
Semua Al-Luban berasal dari pokok Boswellia.
Dikenali sebagai Kemenyan.
Pokok Boswellia mempunyai beberapa jenis spesies bergantung kepada negara pengeluarnya.
TANAMAN AL-LUBAN YANG POPULAR DI DUNIA
NEGARA SOMALIA
Somalia mempunyai hutan Al-Luban / Kemenyan terbesar di dunia.
Spesies Al-Luban dari Somalia ialah Boswellia Carterri.
Al-Luban jenis Carterri paling banyak digunakan di dunia terutamanya digunakan dalam minyak wangi dan industri pengeluaran minyak.
NEGARA OMAN
Al-Luban / Kemenyan terbaik dan paling mewah di dunia adalah dari Negara Oman.
Spesies Al-Luban di Oman ialah Boswellia Sacra.
Mempunyai aroma lemon dan manis.
Menjadi kegemaran Queen of Sheba dan Queen Hatsethput
Mempunyai gred dan tahap kualiti seperti el-Hojari, el-Najdi, el-Shazri dan el-Shabi.
NEGARA YAMAN
Yaman mempunyai saiz pokok Boswellia yang lebih besar.
Spesies Al-Luban di Yaman ialah Boswellia Thurifera.
Digunakan secara meluas.
Luban / Kemenyan ini membantu meningkatkan kesuburan terutamanya dalam mempengaruhi sel-sel kelenjar pituitari.
Mempunyai empat gred dan tahap kualiti
NEGARA INDIA
India mempunyai nama panggilan tempatan untuk pokok Boswellia.
Spesies Al-Luban di India ialah Boswellia Seratta.
Banyak digunakan dalam bentuk minyak.
Luban / Kemenyan ini baik untuk untuk rawatan sakit Arthritis.
Mempunyai empat gred dan tahap kualiti.
KEKELIRUAN
Getah Arab, Gum Arabic (sebenarnya nama Gum Arabic telah dikhususkan untuk Getah pokok Acacia. Tetapi ramai yang menggunakannya untuk Getah pokok Boswellia, di sini lah kekeliruan timbul).
Penggunaan nama Gum Arabic ini hanya digunakan oleh Eropah untuk getah yang keluar dari pokok Akasia. Namun tidak menjadi masalah besar kepada masyarakat Arab kerana mereka telah mempunyai nama tersendiri iaitu Al-Manna untuk getah pokok Akasia dan Al-Luban untuk getah pokok Boswellia.
Rakyat Malaysia pula keliru dengan istilah Gum Arabic. Ini kerana banyak persamaan antara Akasia/Acacia dan Boswellia antaranya kedua-dua pokok ini menghasilkan getah, tumbuh di negara Arab, boleh didapati di kawasan tanah kering dan banyak berkongsi manfaat kesihatan yang sama.
PEMUDAH CARA
Gunakan nama GUM ACACIA atau GAM AKASIA atau GETAH ARAB AKASIA atau GUM ARABIC AL-MANNA sebagai merujuk kepada AL-MANNA.
Gunakan nama GUM BOSWELLIA atau FRANKINCENSE atau KEMENYAN sebagai merujuk kepada AL-LUBAN.

SENARAI HARGA BORONG LUBAN (KRISTAL) DAN AL MANNA (KRISTAL & POWDER) DARI KAMI

*AL MANNA ARABIC GUM GRED A*
.
#BORONG 3KG: ~RM250~
*(NOW OFFER RM220 ONLY!)* with FREE POSTAGE!!
.
#BORONG 1KG: ~RM100~
*(OFFER: RM80)* - OFFER FREE POSTAGE! 
.
#RUNCIT 800G: ~RM90~
*(OFFER: RM75)* - OFFER FREE POSTAGE! 
.
#RUNCIT 500G: ~RM75~
*(OFFER: RM55)* - OFFER FREE POSTAGE! 
..

..
*LUBAN GRED A*
.
#BORONG 3KG: ~RM300~
*(NOW OFFER RM250 ONLY!)* with FREE POSTAGE!!
.
#BORONG 1KG: ~RM100~
*(OFFER: RM95)* - OFFER FREE POSTAGE! 
.
#RUNCIT 800G: ~RM90~
*(OFFER: RM85)* - OFFER FREE POSTAGE! 
.
#RUNCIT 500G: ~RM75~
*(OFFER: RM55)* - OFFER FREE POSTAGE! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kajian Gam Arab

Kajian Gam Arab *Dari Sumber Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia* . 📌 Gam Arab mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu...