Ahad, 13 Ogos 2017

Cegah sebelum parah. Jaga kolon anda dgn Al-Manna



Cegah sebelum parah. Jaga kolon anda dgn Al-Manna


Kesedaran masyarakat masih lagi rendah
.
Aduh sakitnya perut. Mungkin salah makan ni.” Situasi ini kedengaran seperti biasa dalam kalangan rakan, keluarga atau diri sendiri. Namun, tahukah anda mungkin kesakitan yang dialami itu adalah tanda anda sebenarnya sedang mengalami masalah serius termasuk kanser.
TAHUKAH ANDA ARABIC GUM MENGANDUNGI PREBIOTIC YANG SANGAT TINGGI YANG SANGAT BAIK UNYUK PENJAGAAN KOLON?
BERSIHKAN KOLON DENGAN PREBIOTIC AL MANNA
BERSIHKAN KOLON DENGAN PREBIOTIC AL MANNA

Kanser kolorektum merujuk kepada kanser dalam kolon atau rektum atau kedua-duanya. Statistik Kanser Malaysia (2007) menunjukkan satu daripada setiap lapan rakyat Malaysia menghidap kanser kolorektum dan ini adalah kanser kedua paling lazim di negara ini.
Ia adalah pembunuh senyap yang tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah di peringkat akhir.
Tinjauan menunjukkan tiga daripada setiap lima rakyat Malaysia mengaku mereka tidak mengetahui adanya ujian saringan bagi kanser kolorektum. Beberapa kajian juga menunjukkan kesedaran masyarakat mengenai faktor risiko dan simptom kanser kolorektum masih rendah.
Ketua Klinik Saringan Kanser & Kesihatan, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin berkata, kanser kolorektum berada pada kedudukan kedua bagi kanser utama menyerang wanita di negara ini iaitu 10.3 peratus diikuti kanser servik sebanyak 8.3 peratus dengan kanser payudara sebagai kanser utama dihidapi wanita sebanyak 32.8 peratus.
TAHUKAH ANDA ARABIC GUM JUGA MENGANDUNGI KAHSIAT ZAT ANTI KANSER?
ARABIC GUM ANTI KANSER
ARABIC GUM ANTI KANSER

Katanya, wanita lebih berisiko menghidap kanser berbanding lelaki dengan wanita 55 peratus manakala lelaki 45 peratus.
“Dengan nisbah 1:1.2 itu, saya merasakan ramai wanita yang mungkin tidak menjaga kesihatan atau mungkin tahu tapi tidak dapatkan saringan, pemeriksaan atau rawatan susulan.
“Ini mungkin disebabkan ramai wanita yang lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya, rumah tangga dan keluarga hingga menangguhkan saringan kesihatan dan rawatan,” katanya.
TAHUKAH ANDA MEMBANTU MENYAHTOKSIN DARI BADAN ? IN FACT, ACACIA GUM IS THE MOST EFFECTIVE FOOD FOR DETOX.
DETOX WITH ARABIC GUM
DETOX WITH ARABIC GUM

Menurut Dr Dalilah, kanser kolorektum boleh dianggap sebagai kanser ‘gaya hidup’ kerana salah satu faktor risiko untuk kanser ini adalah obesiti, diet tinggi lemak dan kurang serat. Kanser kolorektum akibat faktor genetik keluarga sangat jarang berlaku tapi bagi yang ada ahli keluarga menghidap kanser ini, mereka berdepan dengan risiko untuk mengalaminya.
Katanya, apa yang hendak ditekankan adalah gaya hidup wanita kerana 62 peratus daripada kanser boleh dicegah sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat, rajin bersenam, berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol.
TAHUKAH ANDA, 1SUDU MAKAN ARABIC GUM MENYAMAI 13BIJI APPLE?
AL MANNA ARABIC GUM - PREBIOTIC SEMULAJADI TERBAIK DUNIA
AL MANNA ARABIC GUM - PREBIOTIC SEMULAJADI TERBAIK DUNIA

“Apabila dikatakan wanita terlalu menumpukan perhatian pada keluarga hingga mengabaikan diri mereka, saya rasa mereka sedar dan tahu serba sedikit mengenai kanser serta simptom yang perlu dilihat untuk mengetahui seseorang itu menghidap kanser. Ini kerana tanda kanser kolorektum agak ketara kalau kita tahu dan peka dengan apa yang berlaku pada diri sendiri.
“Contohnya bagi kanser kolorektum, antara simptomnya adalah pembuangan air besar atau air kecil yang tidak normal untuk dua hingga tiga bulan. Sesetengah orang menganggap mereka sembelit mungkin disebabkan kurang minum air, tapi apabila berlarutan hingga dua ke tiga minggu, itu antara tanda kanser kolorektum.
“Maksudnya pembuangan najis terganggu, tidak sistematik seperti biasa. Mungkin sekejap sembelit, sekejap cair dan bentuk najis menjadi runcing. Warna najis juga berubah menjadi gelap atau keluarnya darah ketika membuang air besar. Warna najis yang gelap menandakan pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam.
“Kadang-kadang kita mungkin menganggap darah dalam najis datang daripada haid atau najis runcing disebabkan kurang makan, tapi tak fikir kemungkinan ada yang menyekat usus hingga menyebabkan najis menjadi runcing,” katanya.
Justeru katanya, pengetahuan amat penting supaya kita lebih prihatin terhadap perubahan pada diri sendiri. Namun, kadang-kadang apabila sudah mengetahuinya, pesakit tidak ambil tindakan, menangguhkan saringan dan menganggap ia bukan satu masalah sedangkan ini adalah simptom yang ramai wanita terlepas pandang.
Antara tanda kanser yang lain adalah demam berlarutan. Malangnya ramai yang menganggap demam berkenaan disebabkan keletihan di tempat kerja dan tidak cukup rehat. Bahkan mereka juga sentiasa ada alasan sendiri untuk menyatakan sebab berlakunya simptom itu.
Sedangkan katanya, simptom seperti keletihan, lesu berlarutan atau berat badan turun mendadak 10 ke 20 peratus dalam tempoh tiga atau empat bulan bukanlah perkara normal dan tentunya ada sebab yang lebih kukuh mengapa ia berlaku.
“Itu mungkin tanda kanser. Betul, ada banyak penyebab demam, tetapi ada kemungkinan ia disebabkan kanser apatah lagi jika demam itu berlarutan.
“Kesimpulan paling penting adalah wanita perlu mula belajar mengenai badan sendiri, baik dari segi fizikal mahupun sistem badan. Tiada orang yang lebih tahu mengenai badan anda kecuali diri sendiri.
TAHUKAH ANDA ARABIC GUM ADA DISEBUT DI DALAM AL QURAN, SURAH AL-BAQARAH AYAT 57?
ANTARA KEBAIKAN AL-MANNA ARABIC GUM
ANTARA KEBAIKAN AL-MANNA ARABIC GUM

“Saya pernah bertemu pesakit kanser yang mengalami masalah sakit perut berpanjangan. Apabila mendapatkan rawatan kecemasan di hospital, dia hanya diberi suntikan kerana gastrik. Selepas setahun mengalami simptom sakit perut, barulah diketahui rupanya dia menghidap kanser.
“Itu adalah satu-satunya simptom yang dialami pesakit itu. Hanya selepas disahkan kanser, barulah ada pendarahan pada najisnya. Jadi, jangan pandang ringan kepada simptom yang nampaknya ‘seperti tiada apa-apa’ ini,” katanya.
Menurutnya, adalah tidak normal jika satu-satu simptom itu berlarutan dan jika ia berlaku pada anda, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan, apatah lagi jika usia anda sudah menjengah 40 tahun.
Ini kerana lebih 90 peratus kanser kolorektum terjadi pada golongan berumur 40 tahun ke atas dan sudah tiba masanya untuk anda menimbangkan untuk menjalani ujian pemeriksaan najis.
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengesan kanser lebih awal melalui saringan dapat mengurangkan risiko kematian akibat kanser kolorektum berbanding mereka yang tidak pernah melakukan saringan.
Ada beberapa jenis ujian saringan untuk mengesan kanser kolorektum iaitu:
Ujian darah akulta najis (FOBT)
Ujian saringan ini mengesan kehadiran darah dalam najis. Anda hanya perlu mengumpul sedikit sampel najis menggunakan kit FOBT dan doktor boleh membantu anda menyemak hasil ujian.
Sigmoidoskopi
Ujian ini menggunakan sigmoidoskop yang mempunyai satu peranti optik untuk doktor memeriksa rektum dan kolon sigmoid. Sejenis alat lagi digunakan untuk membuang tisu.
Kolonoskopi
Ujian ini menggunakan kolonoskop untuk memeriksa rektum dan keseluruhan kolon. Kolonoskopi mencari dan membuang sebarang ketumbuhan tidak normal dalam kolon atau rektum dengan mudah, termasuk ketumbuhan yang mungkin tersembunyi di bahagian atas kolon yang tidak dapat dicapai oleh sigmoidoskopi.
.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/node/139722?m=1#foto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Update Senarai Harga BORONG Arabic Gum ( Powder & Crystal )

Update Senarai Harga BORONG Arabic Gum ( Powder & Crystal ) (15th November 2017) Al Manna Arabic Gum Powder (Super Fine Powder...