Rabu, 30 Januari 2019

8 Khasiat Arabic Gum Buat Anda Teringin Mencubanya (MENARIK)

Hendak tahu khasiat arabic gum? Jom baca artikel ini
Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan.
Acasia Senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri.
arabic gum
Imej via wabillahi
Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.
Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Arabic Gum. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa Arabic Gum ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

8 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan

gam arab
Arabic Gum banyak khasiat untuk kesihatan anda. Ia juga sesuai dijadikan makanan tambahan atau snek harian anda. Antara khasiatnya ialah: Klik: Senarai Kedai Online Arabic Gum

1) Melegakan Kesakitan Dan Kerengsaan

Arabic gum mempunyai tekstur yang melekit. Bahan yang melekit sering digunakan untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan. Arabic Gum telah terbukti berkesan terutama dalam meredakan ketidakselesaan perut atau tekak.

2) Menyembuh Luka

Arabic Gum sering digunakan dalam rawatan untuk menyembuhkan luka. Pengamal perubatan percaya bahawa kesan ini mungkin disebabkan oleh beberapa bahan kimianya, seperti alkaloid, glikosida, dan flavonoid.
Dalam satu kajian, arabic gum diuji pada tikus sebagai sebahagian daripada rawatan penyembuhan luka. Hasil menunjukkan penyembuhan luka lebih cepat daripada rawatan standard. 

3) Kesihatan Mulut

gigi sihat
Imej via marketeers
Ekstrak Arabic Gum boleh digunakan dalam produk pergigian seperti cuci mulut untuk mencegah gingivitis.
Kajian yang lebih lama dari tahun 1999 menunjukkan bahawa serbuk gigi herba yang dicampur serbuk al-manna membersihkan dengan lebih dua pertiga daripada plak gigi, dan hampir 100 peratus dalam beberapa kes.

4) Sumber Serat yang Baik

Arabic gum mengandungi serat pemakanan larut air (WSDF) yang bukan hanya serat yang baik untuk diet anda tetapi juga membantu merendahkan tahap kolesterol anda.
Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 15 gram Arabic Gum dalam bentuk cecair setiap hari membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Walaupun diterbitkan pada tahun 1992, namun kajian ini paling komprehensif menunjukkan kesan Arabic Gum terhadap kolesterol dalam darah.
Serat pemakanan larut air juga boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular. FDA juga turut mengiktiraf arabic gum sebagai sumber serat yang baik dalam banyak makanan popular, termasuk bijirin, jus, dan yogurt.

5) Melegakan Batuk dan Sakit Tekak

Disebabkan arabic gum berfungsi mengurangkan kerengsaan dan keradangan, jadi ia juga boleh membantu mengawal batuk. Ciri-ciri Arabic Gum membolehkan ia digunakan untuk melindungi lendir di kerongkong anda daripada kerengsaan.
Menggunakan al-manna untuk batuk boleh mengekalkan kerongkong anda menjadi sakit serta melegakan atau mencegah kehilangan suara. 

6) Mengehadkan kehilangan darah

Arabic Gum juga boleh digunakan untuk membantu menghentikan aliran darah pada luka. Tuang cairan Arabic Gum pada luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan membasmi bakteria pada luka tersebut.

7) Kesihatan Usus


usus
Imej via myhealth
Arabic gum dianggap sebagai prebiotik yang sangat bagus. Banyak kajian yang dilakukan menyokong perkara ini. Antaranya kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour. Nutrition Mac 2008, mereka membandingkan Arabic Gum dan inulin  sebagai prebiotik.
Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi 10mg arabic gum dan 10g inulin setiap hari selama 4 minggu. Hasil menunjukkan, pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacili termasuk Bacteroides dalam najis lebih tinggi dalam sampel Arabic Gum berbanding inulin.

8) Rawatan Alternatif Diabetes

Arabic Gum dipercayai dapat membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes. Malah, ia bagus diamalkan oleh setiap pesakit Diabetes kerana punca kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh diabetes.
Dipercayai dengan mengamalkan pengambilan al-manna pada peringkat awal diabetes, ia dapat mengawal, melambatkan dan juga mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang bagi pesakit diabetes. 2

Kesimpulan

Arabic Gum kaya dengan serat dan terkenal dengan sifat prebiotiknya. Ia sesuai dijadikan makanan tambahan bagi pesakit diabetes dan paras kolesterol yang tinggi. Namun, ia juga boleh dijadikan snek harian untuk kekalkan tahap kesihatan kerana khasiatnya yang banyak.
Walau bagaimanapun, bagi pesakit kronik, sebelum anda mengamalkan Arabic Gum sebagai rawatan alternatif anda, anda seharusnya berbincang dan merujuk kepada doktor anda.

Senarai Kedai Online Arabic Gum

Rujukan:

  1. Healthline
  2. Hyperbiotics
  3. Herba dan pemakanan
  4. Wabillahi
  5. Senarai Kedai Online Arabic Gum

Sumber: Bidadari.my

Nak Beli Arabic Gum Kualiti Terbaik dengan Harga Terendah ??

Gamarab.com menyediakan platform offline dan online dengan membekalkan arabic gum secara runcit dan borong. Harga borong juga dibuka untuk peluang yang nak memulakan perniagaan. Arabic Gum dari Gamarab.com adalah diimport dari Sudan dan gred terbaik iaitu dari jenis Senegal.

Untuk makluman, negara pengeluar arabic gum terbesar di dunia adalah Sudan manakala pengimport terbesar adalah Jerman. Gred yang dibekalkan oleh Gamarab.com adalah gred yang diimport dan diexport khas untuk makan. 

Jangan x tahu ye, arabic gum ada2 jenis iaitu jenis Senegal & Seyal. jenis Seyal biasanya digunakan dalam industri dan kilang-kilang untuk dijadikan pemekat, gelatin dan lain2 kegunaan manakala untuk Arabic Gum khas untuk dimakan menggunakan arabic gum jenis Senegal.

Di atas Arabic Gum jenis Seyal (bewarna gelap dan hodoh) manakala Arabic Gum jenis Senegal di bawah (bewarna jernih dan cantik)


Cuba lihat gamabr di atas perbezaan arabic gum senegal dan seyal. Kedua dua jenis arabic gum boleh diproses kepada bentuk serbuk.

Untuk menukarkan arabic gum dari batuan kristal kepada serbuk ia perlu melalui beberapa proses. Untuk makluman juga, proses penukaran kepada bentuk serbuk sendiri terdapat pelbagai teknik antaranya Mechanical Form & Spray Dried. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan arabic gum yang telah dilarut dalam air menggunakan serbuk mechanical dan serbuk spray dried.
Antara jenama Arabic Gum di pasaran yang menggunakan serbuk arabic gum dari Gamarab.com

Teknik Spray Dried atau 'Sembur Kering' ini lebih baik dan lebih mahal kosnya. Sesuai dengan teknologi yang terkini menghasilkan serbuk Arabic Gum yang mudah larut sepantas 3saat! walaupun dalam air sejuk!

Arabic Gum jenama Viscera yang dibekalkan Gamarab.com juga terdapat dalam perisa Mangga, Beri Campuran dan Delima yang mana kesemua serbuk buah-buahan adalah 100% organik yang diimport dari Switzerland.


Viscera Arabic Gum Berperisa 150g : RM17

Viscera Arabic Gum Berperisa 170g : RM24


Sampai sini dulu, akan datang admin dakan bercerita tentang Luban Kemenyan Arab pula ya!

Klik untuk kedai online Arabic Gum dari: Senarai Kedai Online Arabic Gum

P/s: untuk free pos boleh dapatkan dari lazada dengan belian rm100 dan dengan minima belian dari shopee serendah rm40 (Semenanjung Malaysia). Siap ade voucer untuk EXTRA DISKAUN taw!

Link Arabic Gum Lazada: Arabic Gum Lazada
Link Arabic Gum Shopee: Arabic Gum Shopee


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

8 Khasiat Arabic Gum Buat Anda Teringin Mencubanya (MENARIK)

Hendak tahu khasiat arabic gum? Jom baca artikel ini Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia ...